HEALTHCARE TODAY
  • IN THE SPOTLIGHT
  • HEALTH CONDITIONS
    • ANTIMICROBIAL RESISTANCE
    • ARTHRITIS
    • ASTHMA
    • BACK PAIN
    • BRAIN DISORDERS
    • BREAST CANCER
    • CANCER
    • CARDIOVASCULAR DISEASE
    • CERVICAL CANCER
    • CORNEAL ULCER
    • CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19)
    • DEMENTIA
    • DENGUE
    • DENTAL PROBLEMS
    • DIABETES
    • DRUG ABUSE
    • ECZEMA
    • ERECTILE DYSFUNCTION
    • EYE
    • FIBROIDS
    • GASTROINTESTINAL DISEASES
    • INFLUENZA (FLU)
    • HEADACHES & MIGRAINES
    • HEPATITIS
    • HIV & AIDS
    • JOINT PAIN
    • KIDNEY DISEASE
    • LUNG CANCER
    • LUPUS
    • MELASMA
    • MENTAL HEALTH
    • MOUTH-AND-TEETH
    • OBESITY
    • OSTEOPOROSIS
    • POLYCYSTIC OVARY SYNDROME
    • POMPE DISEASE
    • PSORIASIS
    • SEXUAL & REPRODUCTIVE HEALTH
    • SKIN
    • SLEEP
    • STROKE
  • DISABILITIES & SPECIAL ABILITIES
    • ADHD and ADD
    • AUTISM SPECTRUM DISORDER
    • BLINDNESS & VISION IMPAIRMENT
    • CEREBRAL PALSY
    • DOWN SYNDROME
    • PRADER-WILLI SYNDROME
  • NURSING RESOURCES
  • DIGITAL HEALTH
  • HEALTH PRODUCTS & SERVICES
  • RELATIONSHIPS
  • PARENTING
  • EMPOWERING WOMEN
  • MEN'S WELLNESS
  • GOLDEN YEARS
  • ACTIVE LIFE HUB
  • NUTRITION
  • COMPLIMENTARY MEDICINE
  • AMBULANCE AND FIRST AID GUIDE
  • Community clinics/ Klinik Komuniti
  • Government Dental Clinics / Klinik Pergigian Kerajaan
  • ABOUT US

ROCHE LANCAR GABUNGAN PERJETA - HERCEPTIN, RAWATAN PASCA PEMBEDAHAN UNTUK KANSER PAYUDARA AWAL

MARCH 8, 2019 @9 PM
Picture
(Kiri ke kanan) Dr Ng Char Hong, Lance Duan dan Dr Matin Mellor di majlis perasmian Perjeta - Herceptin.
Roche (Malaysia) Sdn Bhd hari ini melancarkan Perjeta (pertuzumab), untuk digunakan dengan Herceptin (trastuzumab) dan kemoterapi sebagai rawatan pasca-pembedahan bagi penghidap kanser payudara awal positif-HER2.  

Kanser payudara ialah kanser yang paling kerap berlaku dikalangan wanita di seluruh dunia. Setiap 15 saat di serata dunia, seorang wanita didiagnosis menghidap kanser payudara. Kanser payudara adalah penyakit malignan yang paling biasa dihadapi oleh wanita dan beban penyakit kanser payudara mempengaruhi 32.1% daripada semua wanita yang menghidapi kanser di Malaysia. 

Penyebaran Reseptor Faktor Pertumbuhan Epidermis Manusia 2 (HER2) dikaitkan dengan prognosis yang kurang baik yang mengakibatkan penyakit berulang lebih pantas dari biasa dan secara keseluruhannya, jangka hayat yang lebih singkat dalam kalangan pesakit. Kajian menunjukkan bahawa 23% -28% pesakit yang didiagnosis dengan kanser payudara adalah golongan kanser payudara positif HER2 di Malaysia. 

"EBC positif HER2 ialah penyakit yang agresif, dan faktor risiko lain seperti penglibatan nodus limfa akan menyebabkan sesetengah pesakit untuk mengalami pengulangan penyakit yang lebih awal. Walaupun pesakit menerima rawatan adjuvan dengan trastuzumab sekalipun, seorang dalam empat wanita menghidapi Kanser Payudara positif-HER2 yang berkemungkinan mengalami penyakit yang berulang dalam jangka masa panjang, " kata Dr Matin Mellor, Perunding Onkologi Klinikal pada acara pelancaran rasmi gabungan Perjeta - Herceptin.

Menambah pada ulasan itu, Dr Ng Char Hong, Perunding Pakar Bedah Payudara dan Payudara Rekonstruktif, yang turut hadir pada majlis pelancaran itu berkata, "Satu-satunya keadaan di mana kanser payudara positif-HER2 berpotensi sembuh adalah pada peringkat awal. Tidak ada ubat untuk kanser payudara yang berulang dan mencapai tahap lanjut, di mana di tahap tersebut rawatan adalah semata-mata bertujuan untuk memanjangkan hayat pesakit selama yang mungkin. Oleh itu, dari segi klinikal, ia adalah sangat bermakna untuk merawat penghidap kanser payudara dengan efektif di peringkat terawal. "

Sebelum ini, gabungan (Perjeta + Herceptin + Kemoterapi) telahpun diluluskan untuk merawat penghidap kanser payudara positif-HER2 metastatik, di mana ia didapati memanjangkan jangka hayat pesakit dengan ketara berbanding dengan hanya Herceptin dan kemoterapi sahaja. Kini, dengan kelulusan adjuvan, penghidap yang layak boleh dirawat dengan gabungan Perjeta - Herceptin selama setahun sebagai sebahagian daripada gabungan lengkap untuk kanser payudara awal.

Perjeta
Perjeta menyasarkan reseptor HER2, sejenis protein yang dijumpai di permukaan sel normal dan ada dalam jumlah yang tinggi di permukaan sel-sel kanser dalam kanser positif-HER2. Ia direka khusus untuk mencegah reseptor HER2 daripada berpasangan (atau 'mendimer') dengan reseptor HER yang lain (EGFR / HER1, HER3 dan HER4) di permukaan sel.

Mekanisme tindakan Perjeta dan Herceptin adalah dipercayai saling melengkapi. Kedua-duanya terikat dengan reseptor HER2 tetapi di tempat yang berbeza. Gabungan ini dipercayai dapat memberikan dwi-halangan yang lebih menyeluruh, lantas menghalang pertumbuhan sel tumor.

Sebuah kajian Fasa III (APHINITY) yang melibatkan lebih 4,800 orang dengan kanser payudara awal positif-HER2 telah dijalankan. Secara ringkasnya, kajian APHINITY menunjukkan bahawa gabungan Perjeta - Herceptin telah mengurangkan risiko kanser payudara invasif berulang atau kematian (kelangsungan hidup bebas penyakit invasive; iDFS) berbanding dengan Herceptin dan kemoterapi sahaja dalam populasi kajian keseluruhan.

Manfaat terbesar dalam ujian telah didapati pada penghidap kanser payudara positif nodus limfa dan/ atau negatif reseptor hormon. 

• Bagi penghidap penyakit positif nodus limfa, gabungan Perjeta - Herceptin mengurangkan risiko penyakit berulang atau kematian sebanyak 23%.
• Dalam kalangan penghidap penyakit negatif reseptor, gabungan Perjeta - Herceptin mengurangkan risiko penyakit berulang atau kematian sebanyak 24%.

Dari segi keselamatan, gabungan Perjeta - Herceptin, konsisten seperti yang dilaporkan sebelum ini dan tidak menimbulkan masalah yang baru. 

"Rawatan Roche untuk kanser payudara awal adalah bertujuan untuk menyembuhkan penyakit. Walaupun hasil rawatan telah bertambah baik saban tahun, malangnya, sesetengah pesakit masih mengalami kanser payudara berulang. Oleh itu, pelancaran gabungan Perjeta - Herceptin sebagai rawatan adjuvan adalah sangat penting. Kini, kita mempunyai pilihan lain yang boleh memberi sumbangan yang lebih besar kepada kemajuan rawatan kanser payudara, " kata Lance Duan, Pengarah Urusan Roche (Malaysia) Sdn Bhd.

Bantuan untuk pesakit yang layak
Gabungan Perjeta - Herceptin juga telah dimasukkan ke dalam 'MY Roche Patient Assistance Program' yang komited untuk membantu pesakit yang layak mengambil ubatan Roche.  Menerusi program ini, ubatan bersubsidi akan diberi kepada pesakit sebagai sokongan kos rawatan keseluruhan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai gabungan Perjeta - Herceptin dan MY Roche Patient Assistance Program, sila hubungi ahli onkologi, atau pakar perubatan anda.

Gabungan Perjeta- Herceptin kini diluluskan di lebih 70 negara untuk rawatan adjuvan bagi kanser payudara awal positif-HER2, termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Kanada dan beberapa negara ASEAN seperti Singapura, Thailand dan Filipina.
RECOMMENDED
Picture
​Roche lancar gabungan Perjeta - Herceptin, rawatan pasca pembedahan untuk kanser payudara awal

Picture
​Shield your eyes from harmful blue light with Brand's Lutein Essence

Picture
​Keytruda with chemotherapy to be the first line of treatment for patients with advanced lung cancer

​Tumour profiling for personalised cancer therapy
Picture
​​Tune Protect launch extreme sports plan

AIA unveils A-Plus health plan
Coca-cola rolls out Nutri Boost
Diapo-care cream for diaper rash
Repatha to reduce bad cholesterol
Pantai improves detection of eye diseases with OCT Technology
Sensodyne Rapid Relief helps ease tooth sensitivity
TOP STORIES
Picture
​Prince Court Medical Centre launch Intraoperative Radiotherapy for breast cancer treatment

Picture
​Blue Socks creates awareness on diabetic peripheral neuropathy

Picture
​PM Tun Mahathir launch MySalam scheme to aid B40s with critical illness and hospitalisation

Picture
Self-sampling HPV test to eliminate cervical cancer in Malaysia

Picture
​Survey reveals mental health and stress continue to affect organisation's bottom line
​Teacher's battle against pregnancy discrimination recognised with human rights award
15 companies win Malaysia's healthiest workplace awards
Malaysia ranks seventh in the world with highest number of dialysis treatment rate
Mimos to roll-out first clinically-tested non-invasive glucose monitor end of 2019
Sarawak General Hospital joins QVIA's network of globally qualified phase 1 oncology sites
Cardiac care for the economically challenged
HEALTH A - Z
Picture
​Are you in a physical - psychological abusive relationship?

Domestic violence can affect children even before they’re born
When mental illness is mistaken for demonic possession
Eating disorders - A mental health issue
How mental health affects your life
Schizophrenia: Living in a world that does not exist
Picture
Are you sad or depressed? How do you differentiate the two?
Picture
The psychology behind public masturbation and indecent exposure
Domestic violence and abuse - The impact on children and adolescents
Arson, animal cruelty and lack of remorse - traits of personality disorders to look out for in a person
CHILDREN
Picture
​Malaysia's butterfly children with skin as fragile as a butterfly wings
Picture
Is it bad to co-sleep with your baby?

MEN'S HEALTH
Have trouble peeing?
Picture
Does spicy food affect your prostate health?

Picture
​Cigarettes cause bladder cancer
Picture
Get our wellness newsletter
​Filter out the noise and nurture your inbox with health and wellness advice that’s inclusive and rooted in medical expertise.
Subscribe to Newsletter
About Us
©2018 - 2025 ©Healthcare Today Media Network Sdn Bhd.
All rights reserved. The material in this site is intended to be of general information use and is not intended to constitute medical advice, probable diagnosis or recommended treatments.          
  • IN THE SPOTLIGHT
  • HEALTH CONDITIONS
    • ANTIMICROBIAL RESISTANCE
    • ARTHRITIS
    • ASTHMA
    • BACK PAIN
    • BRAIN DISORDERS
    • BREAST CANCER
    • CANCER
    • CARDIOVASCULAR DISEASE
    • CERVICAL CANCER
    • CORNEAL ULCER
    • CORONAVIRUS DISEASE (COVID-19)
    • DEMENTIA
    • DENGUE
    • DENTAL PROBLEMS
    • DIABETES
    • DRUG ABUSE
    • ECZEMA
    • ERECTILE DYSFUNCTION
    • EYE
    • FIBROIDS
    • GASTROINTESTINAL DISEASES
    • INFLUENZA (FLU)
    • HEADACHES & MIGRAINES
    • HEPATITIS
    • HIV & AIDS
    • JOINT PAIN
    • KIDNEY DISEASE
    • LUNG CANCER
    • LUPUS
    • MELASMA
    • MENTAL HEALTH
    • MOUTH-AND-TEETH
    • OBESITY
    • OSTEOPOROSIS
    • POLYCYSTIC OVARY SYNDROME
    • POMPE DISEASE
    • PSORIASIS
    • SEXUAL & REPRODUCTIVE HEALTH
    • SKIN
    • SLEEP
    • STROKE
  • DISABILITIES & SPECIAL ABILITIES
    • ADHD and ADD
    • AUTISM SPECTRUM DISORDER
    • BLINDNESS & VISION IMPAIRMENT
    • CEREBRAL PALSY
    • DOWN SYNDROME
    • PRADER-WILLI SYNDROME
  • NURSING RESOURCES
  • DIGITAL HEALTH
  • HEALTH PRODUCTS & SERVICES
  • RELATIONSHIPS
  • PARENTING
  • EMPOWERING WOMEN
  • MEN'S WELLNESS
  • GOLDEN YEARS
  • ACTIVE LIFE HUB
  • NUTRITION
  • COMPLIMENTARY MEDICINE
  • AMBULANCE AND FIRST AID GUIDE
  • Community clinics/ Klinik Komuniti
  • Government Dental Clinics / Klinik Pergigian Kerajaan
  • ABOUT US